Sunday, August 1, 2010

Seperti Babi Mengajar Penyu Bertelur...



Salam,




Sungguh lama saya tak update blog ini. Serasa saya waktu saya terakhir menulis blog ini, saya ada mengatakan bahawasanya saya hendak menukar bidang ke bidang rekaan grafik. Tetapi setelah difikir-fikir, akhirnya keputusan muktamad. Saya memilih bidang photography.




Kenapa?




Sebab bagi saya bidang ini sangat interesting. I mean, i dont really like watching people going to work at 9 a.m. Furthermore, it is compulsory to wear formal attire. I'm not really that kind of people. I like to work freely. Itu sebahagian dari sebab lah kenapa saya ingin jadi seoranhg jurugambar. Selebihnya sebab saya memang minat bidang ini dan agak terkejut sebenarnya apabila mengetahui terdapat kolej yang menawarkan kursus ni.




Seterusnya..




Sambil saya berlajar, sambil saya bekerja sambilan mengabil gamba. Setakat ni baru dua job itu pun dari saudara mara. Tak apalah, itu baru permulaan. Kerja yang pertama ialah mengambil gambar pertunangan mak cik saya dan seterusnya ialah mengambil gambar untuk IKRAM TEAM BUILDING selama tiga hari dua malam ni Cherating, Pahang.




IKRAM TEAM BUILDING




Agak seronok sebenarnya mengambil gambar disana bersama mereka. Aktiviti yang mereka lakukan semuanya menarik. It's goos seeing adults to run here and there doing things that only children will do. Btw, while taking pictures of them, suddently there is this one guy (dia ni ahli jawatan kuasa majlis tu) came to me and tell me to take pictures very near to the people that i want to take. He asked me to stand infront to take picture of the contestant of the karaoke competition. WTF!!!! don't they ever heard of zoom lense. "they", why did i say "they"? because 3-4 people came to me and ask me to do the same. Damn it people, i thought you all are all scholars, degree/master graduates. Bukan calang-calang, tapi kejuruteraan, tapi tak kan la tak seorang pun diantara mereka tahu kewujudan ZOOM LENSE. Akhirnya, aku pun terangkanlah satu persatu. Ada yang kelihatan berpuas hati dengan penerangan aku, tapi ade juga yang masih membuat muka, konon-kononnya aku tak tau apa yang aku buat dan dia sangat tau apa yang aku patut buat.




Seperti Babi Mengajar Penyu Bertelur..




Daripada kejadian tadi la yang menebabkan aku mencipta peribahasa tersebut. Kenapa penyu dan kenapa babi. Pertamanya penyu, kerana perkara itu berlaku di Cherating yang sungguh berdekatan dengan Kemaman, Terengganu (tempat penyu bertelur; sempat juga aku dibawa melihat penyu bertelur, dalam post seterusnya, aku akan upload gambar). Babi pula adalah kerana yang menegur itu sungguh menyakitkan hati, terasa seperti menyumpah dia dengan panggilan itu. Maksud keseluruhan peribahasa ini yang dikaitkan dengan situasi ini ialah, Si babi meneruskan zuriat dengan beranak, manakala penyu bertelur. Tetapi si babi sibok mengajar si penyu cara bertelur. Dialog si penyu berbunyi begini "eh, eh...selama ni memanglah aku yang bertelur, apesal lah si babi ni sibok nak mengajar aku ni? dia pernah bertelur ke?". Jadi itulah kaitannya. Dalam bahasa aku(kejap-kejap saya, bila macam marah, tukar aku pula ;p) pula, "hoi gila. Sape yang selama ni belajar amik gambar? aku ke ko? ko tu jurutera, aku pon tak kacau kerja ko, tapi ko janganlah masuk campor kerja aku. Aku tau la apa aku buat. Klau ko tu pandai sangat, be my guest DIY (do it yourself) FU*K*R (saya sudah berjanji tidak mencarut)". AHHHH akhirnya terluah juga perasaan marah ini. jadi sampai disini sajalah pasal kisah si babi dan si penyu. Dalam post seterusnya, saya akan muat naik gambar-gambar menarik di Cherating.




Salam...

Wednesday, May 6, 2009

Dari Mata Ku


Assalammualaikum dan selamat datang bagi sesiapa yang baru saja mengikuti blog saya yang tak seberapa ini. Ingin saya perkenalkan diri saya (walaupun kebayakkan sudah mengenali, lagi pun kebanyakkan pembaca pastilah di antara teman-teman rapat saya), nama penuh saya ialah Norfarah Aliah Bt Hishamoodin, walaupun ramai yang sudah mengetahui. Berumur 22 tahun dan masih belajar dan bekerja sambilan (bilalah gamaknya saya hendak habis balajar dan bekerja sepanuh masa?). Mungkin agak janggal, saya ini bukanlah pelajar jurusan komunikasi media, atau sesuatu sepertinya yang mendorong saya untuk menulis blog. Saya belajar dalam bidang Biotech yang tak lama lagi akan berhijrah ke bidang rekaan grafik (lansung tidak masuk akal!!). Saya pun tidak tahu dimana silapnya, tetapi saya percaya mungkin nasib atau jodoh saya lebih kuat untuk menceburi bidang rekaan grafik. Insyallah jika tiada aral malintang, saya akan mula belajar pada bulan Ogos ini seperti yang dirancang.

Mengenai fizikal saya. Saya seorang yang gempal rupanya (tidaklah gemuk sangat ;P). Ketinggian, tidaklah tinggi sangat seperti Nasha Aziz tapi agak tinggilah kalau disbanding dengan trend ketinggian gadis-gadis zaman sekarang yang kecil molek. Untuk lebih mendalam lagi (bagi yang tidak lansung mengenali saya) mata saya agak bulat (tapi kebanyakkan orang kata ianya sepet. Mana-manalah.), hidung agak besar akibat keturunan dari pihak ayah saya iaitu dari kaum kerabat bugis. Berambut lurus (inilah yang sering dicemburui oleh adik perempuan saya, Sarah yang teringin sangat mendapat rambut seperti saya ini tanpa perlu di ‘straighten’ setiap hari untuk keluar kemana-mana.). Secara pernampilan, saya lebih selesa mengenakan pakaian yang selesa seperti seluar ‘jeans’, T-Shirt, selipar/ ‘snikers’, baju panas (‘hoodie) dan berbeg silang yang berjenama Reebook bercorak bendera UK di depannya (sangat bercita-rasa ;P). Mungkin perwatakkan saya agak kasar dan ganas, tetapi itulah diri saya. Saya tidak suka berlaku hipokrit hanya untuk memuaskan hati orang sekeliling. Jika ada yang kurang senang, boleh saja terus angkat kaki dan saya tidak akan menyesal kehilangan kawan yang tidak dapat menerima diri saya seadanya. Seperti bak kata orang muda-mudi (termasuk saya) sekarang, “Whatever!”.

Secara rohaniah (chewah), saya seorang yang ‘straight forward’. Saya bukan seorang yang bermuka-muka atau mengamalkan hipokrasi. Jika saya tidak menyetujui sesuatu saya akan menegur secara berdepan walaupun orang yang ditegur itu terasa, kerana bagi saya, lebih baik saya menegur secara terus terang dari simpan dalam hati dan diluahkan kepada orang lain (dalam erti kata lain, mengumpat atau mengutuk). Itulah yang selalu berlaku terhadap komuniti sekarang terutama orang perempuan tidak kira semasa saya di kolej dulu atau pun sekarang di tempat kerja sambilan saya. Saya amat mengutuk dan mengeji perbuatan sebegitu. Terdapat juga antaranya jika saya tidak berpuas hati dan saya akan berdiam diri, tetapi saya tidak akan bercerita kepada pihak lain. Tetapi apabila saya susah sampai ke tahap itu maksudnya saya sudah tidak boleh menerima orang itu sebagai teman saya lagi, maka terlerailah sebuah tali pershabatan. Seterusnya saya tidak akan bertegur sapa dengan manusia itu lagi kerana saya tidak pandai menjadi hipokrit seperti sesetengah manusia keji (amat menggelikan) yang berlakon baik dan mesra dihadapan tetapi, dibelakang pasti dikutuk, disumpah seranah manusia itu. Bagi saya, jika saya sudah mengutuk seseorang itu dihadapan orang lain, saya tidak akan berlakon baik dihadapan manusia yang saya kutuk itu kerana saya akan merasa diri ini menggelikan. Saya ini mungkin kelihatan agak keras dan kasar tetapi hati saya sangat lembut, mudah cair jika dipujuk rayu (cis!). Saya seorang yang mudah merajuk tetapi mudah memaafkan (kenyataan yang tidak dapat dikenal pasti tujuannya ;P). Kadang-kala, bukannya saya sengaja untuk merajuk, tetapi saya ingin orang yang saya marahkan itu sedar akan kesalahannya. Senang sahaja cara untuk meminta-maaf kepada sesiapa sahaja walaupun yang merajuk itu seorang yang susah untuk ditumpaskan keegoaannya. Pertama, kenal pasti kesalahan itu. Kedua, akuinya. Ketiga, meminta maaf dengan ikhlas dan yang terakhir berubah dari kesalahan yang dilakukan.

Dari segi perassan pula, seorang yang setia terhadap orang yang saya sayangi. You can like a lot of people but you can only fall in love once in your lifetime. Saya pun agak pelik juga kenapa orang bole jatuh cinta, berpisah dan jatuh cinta lagi. Saya tidak pernah bercinta tetapi sering memberi tunjuk ajar, menjadi pendengar dan memberi pendapat bagi yang mengalami masalah bercinta. Dan kebanyakkan keputusannya adalah positif. Ramai juga dikalangan rakan-rakan yang menggelar saya sebagai Dr. Love (chewah). Ramai juga yang pelik, manusia ini tidak pernah bercinta, tetapi agak mahir dalam memberi nasihat bagi yang bermasalah cinta. Apakah tipsnya? Saya suka memerhati apa yang berlaku disekeliling saya, memerhati masalah-masalah cinta yang berlaku dikalangan rakan-rakan, saya juga suka membaca novel cinta, sudah beratus novel yang saya baca (kepunyaan sendiri; tidak dipinjam dari sesiapa) dan yang paling penting saya suka menonton drama, filem seperti dari Korea, Bollywood yang sarat dengan permasalahan cinta. Seperti baru-baru ini saya ada menonton filem dari Hollywood yang bertajuk ‘He’s Just Not That Into You’, merupakan filem yang agak baik untuk memberi kesedaran kepada wanita terhadap sebenarnya lelaki ini susah dijangka, kadang-kadang kita ingat mereka menyukai kita, tetapi sebenarnya tidak. Jika ada masa, saya akan mengulas lagi tentang cerita ini pada ‘post’ yang akan datang. Kebanyakkan cerita dari novel, cerpen, drama dan file m ini sememangnya ada kena mengena dengan kehidupan harian. Disebabkan ada dalam kehidupan realitilah, cerita itu diterbitkan dalam bentuk novel, cerpen, drama dan filem. Itulah panduan saya untuk menasihati rakan-rakan yang bermasalah cinta. Tetapi mengenai cinta, terdapat satu prinsip yang saya percaya iaitu saya tidak mempercayai ‘Love at the first sight’, kerana cinta pandang pertama ini semata-mata berlandaskan rupa dan kecantikan seseorang. Habis pasal perasaan saya.

Blog yang saya cipta ini bukanlah untuk saya meluahkan perasaan cinta saya pada seseorang seperti blog saya dulu-dulu. Kali ini lebih matang sedikit, malahan mungkin cerita yang akan saya tulis tidak ada kena-mengena dengan saya. Mungkin ada sedikit, tetapi topik-topik yang akan saya bincangkan lebih kepada isu semasa politik, sosial, ekonomi tetapi komen dan penulisan dari pandangan mata saya sendiri. Saya akan cuba untuk menjadi seliberal yang boleh kerana saya ini bukanlah penulis blog yang pro bagi mana-mana pihak. Akan tetapi mungkin adea seditkit pro pada penulisan mengenai politik (sikit sahaja) disebabkan banyak rakan-rakan saya yang menulis itu dan ini untuk mempersendakan pihak-pihak berkenaan, jadi blog saya ini juga menjadi landasan untuk saya menerangkan kembali keadaan sebenar dan dari pandangan mata saya sendiri. Dari segi bahasa pula, saya akan menggunakan bahasa melayu atau inggeris mengikut mood saya. Saya juga akan usahakan untuk menulis dalam tatabahasa yang betul dan bukan dengan bahasa rojak tetapi bahasa bertatabahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana saya ingin menjadi penulis blog yang sebenar dan bukan hanya meluahkan perasaan dengan bahasa-bahasa rojak yang boleh merosakkan bahasa melayu atau menggunakan bahasa yang terlalu kesat seperti blog seorang artis yang “macam” ternama dimana, blognya penuh dengan ayat-ayat sumpah seranah yang tidak boleh dibaca oleh sesetengah pihak. Pembaca sasaran saya adalah dari semua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa, persara, warga emas, pelajar, pekerja korporat, masyarakat berbilang kaum dan mungkin orang bukan Malaysia (tinggi cita-cita saya bak tingginya bangunan berkembar KLCC). Blog yang saya tulis mungkin agak panjang untuk di baca kerana salah satu tabiat buruk saya iaitu jika saya sudah mula menulis, memang susah untuk berhenti. Itu memang satu penyiksaan sewaktu di sekolah menengah di SMK Seri Bintang (Utara) dan di tingkatan enam iaitu di Victoria Institution. Tetapi sekarang, menulis blog tiada batasnya, tetapi takut pula pembaca akan bosan. Bagaimana pn saya akan cuba sedaya upaya menulis sebaik mungkin. Jika pembaca ada sebarang masalah atau sebarang komen dan pendapat yang ingin dibincangkan, bolehlah tinggalkan di blog. Saya amat memerlukan sokongan dari teman-teman terutamanya untuk memperbaiki penulisan saya. Jadi nantikan ‘post’ seterusnya dari saya. Sekian Terima Kasih